1st September haritu Delisha demam lagi..tapi demam lite-lite aje..macam biasa la nak melekat dengan mama je..satu kerja apa pun tak boleh nak buat..dengan papa kurang mesra gitu..delisha tak nak sangat dengan papa..dan papa pun dua kali empat..i is stress..tapi time meragam je lah..time mood baik meh sayang papa..erkkk!!
Dah la masa tu pergi kenduri kawen kawan, lepas kenduri tu ada 2 jemputan open house..tengok dah penghujung raya baru kitorang rajin nak berjalan pergi open house..tu pun sebab dah alang-alang pergi kenduri..kalau tak memang malas nak bersiap la apa semua..rela melepak kat rumah daripada keluar berjalan..maksima malas..dah puas berjalan masa bujang..mana tempat kitorang tak pergi..sekarang ni tempat yang biasa pergi pun dah bertahun tak jejak..teruk sangat..haha
So lepas kenduri dari keramat terus pergi Sg Buloh, hujan selebat-lebatnya siap angin bertiup kencang lagi..delisha tidur je, masa kenduri tu dah rasa macam lemah je, pastu kuat tidur..kalau dia sihat tak suka tidur siang..on da way ke subang bestari delisha bangun..sampai je rumah kawan, makan-makan delisha minum susu pastu termuntah pulak..habis baju mama..huhuhu..tak duduk lama pun, husband borak-borak kejap dengan kawan dia pastu kitorang balik..ada lagi satu rumah..tak pergi serba salah pulak sebab dua-dua kawan satu ofis..pergi kejap, duduk-duduk, borak-borak, makan, pastu mintak diri balik..memang kitorang balik terus sebab kesian delisha tak selesa..esoknya saya cuti sebab anak tak sihat takkan nak hantar ke taska pulak kan..macam mana sangat pengasuh-pengasuh nak jaga..
Demam petanda rupanya..sedar-sedar dah pandai merangkak dannnnnn gigi sudah mahu tumbuh..dah nampak putih-putih di gusi..sama macam kakak la tumbuh gigi awal sangat..baru 6 bulan..nanti cepat la rosak gigi susu kamuuu..harap-harap dapat jaga sampai tertanggal sendiri..
Bila dah pandai merangkak ni, memang menjelajah la kerjanya..semua tempat nak explore..hari sabtu lepas kul 5.30 dia bangun..pastu menyusu kejap tak nak tidur dah..saya terlelap sekejap sedar-sedar...uwaaaaaa kuat sangat suaranya..jatuh katil rupanya..sian dia..asyik jatuh je..tengok-tengok kat kepala takde pulak bengkak ke lebam ke..nasib baik..harap-harap malaikat sambut...hihihi..
**pernah refer dengan doctor :- kalau budak tak muntah, tak menangis berpanjangan, tak pengsan, ceria je so tak perlu risau..**
**pernah refer dengan doctor :- kalau budak tak muntah, tak menangis berpanjangan, tak pengsan, ceria je so tak perlu risau..**
Ooo...Delisha demam nak tumbuh gigi dan pandai merangkak rupanya....^_^
ReplyDeletehihihi..lepas ni pening nak pikir menu untuk delisha.. :)
Delete