Skip to main content

::Flu go away::

Saya rasa paling teruk kalau selsema berbanding demam..sebab jenis selsema yang mukus turun macam hujan lebat..jangkit dengan delisha la ni..tak siokk ooo..ingat nak pergi klinik pagi tadi..tapi bila fikir balik, malas la nak pergi..harini dah la isnin..mesti ramai orang sakit pagi-pagi isnin ni plus yang menyemak dok kat klinik sengih-sengih nak jumpa doktor semata-mata nak cuti free...eh bukan cuti free, bayar jugak yer untuk mc tu..so cuti berbayar la kans..hihi..

Sabtu dan Ahad macam biasa la toksah dok tanya..confirm tak pi kemana pun..eh hari Jumaat petang abang ipar datang tidur kat rumah semalam je..sebab kebetulan dia meeting kat putrajaya since hari rabu..tiket flight ke Kuala Terengganu hari sabtu kul 7.45 malam..so hari sabtu tu saya dengan delisha tak ke mana, husben, kak mya dengan abang ipar je keluar..first tu abang ipar ajak pergi lunch kat luar..saya dengan selsemanya malas..so husben pergi tapau je nasi beriani kat keramat AU2..kat syuqran beriani kalau tak silap namanya..memang sedap gilos..haha..bahaya jangan makan! eh tak la gurau jer.. :p

Lepas tapau lunch (diorang jer pergi tapau, kak mya pun menyibuk nak ikut), makan kul 2 lebih sebab masing-masing kenyang makan nasi goreng (pagi tu saya buat nasi goreng cina)..then lepas makan husben, kak mya dengan abang ipar keluar pergi tengok rim..abang ipar nak letak lat kereta oldskul dia..ofcos kak mya menyibuk..balik tu diorang singgah tesco, abang ipar belanja lagi kfc..beratur berjam-jam semata-mata nak beli kfc kat tesco sampai hampir-hampir kelewatan hendak ke airport..diorang sampai rumah dalam pukul 5 lebih kot..balik solat, pastu gerak hantar abang ipar kat LRT Cempaka..masa kitorang sampai tu train dah ada..so tak sempat..tunggu 5 ke 10 minit kot ada train..alhamdulillah..abang ipar tak nak kitorang hantar kat KLIA..sebab membazir masa je katanya..baik dia naik ERL je..senang..tapi tu lah kesuntukan masa la pulak..nasib sempat sampai KLIA..orang kedua lambat check in katanya..huhuhuhu..

Hari Sabtu ke keluar kul 12 jugak, pastu gi cari lunch dekat Kg Baru, padat. Patah balik pergi JJ AU2 Keramat..kak mya nak ke sana..apa lagi mainan la..so kitorang makan kat sana...bersizzling di sana..lepas makan naik bahagian atas, ke tempat mainan..suka la kak mya nak survey little pony..Pastu tertengok furby comel dan boleh tahan jugak harganya..terus tanya kak mya nak furby ke litlle pony? nak furby dua (satu untuk dia satu lagi untuk adik) hamboii pastu nak jugak little pony..hamboiii..tanya lagi..huhuhu..nama pun survey..tak beli lagi..tunggu kalau kak mya dapat no.1 dulu baru beli ok! ada faham?? Good..

oklah..nak bercuti petang ni..badan tak sihat, pastu nak kena uruskan hal sek kak mya pulak..babai ^_^

Comments

Popular posts from this blog

::Projek hari minggu::

::Peralatan mengecat disediakan oleh tukang cat..cat disediakan oleh kami:: Sebelum final touch..warna asal tangga tu oren, husben pilih dark coklat tapi nampak lebih kepada warna hitam, dark coklat ni untuk semua gril, pintu bilik..combinasi warna main belasah..tak reti deco-deco..Pintu depan warna kayu..pakai shilek disponsor oleh tukang cat..as promised..thanks yer.. ^_^ Sebenarnya husben pernah suarakan nak cat sendiri je rumah..di argue oleh saya..banyak kot, nanti penat, berapa lama nak boleh siapkan 1 rumah, takde masa bla..bla..bla..then husben setuju upah je..misi mencari tukang cat adalah di mudah kalau tak silap..salins segala nombor telefon pastu husben yang call tanya upah apa semua..so dapatla sorang brader ni antara yang termurah..dia ambik 1k sahaja.. Masa mula dia cakap suruh wassap gambar, Tapi husben cakap better datang tengok sendiri..rupanya brader ni orang key el..tapi tak tau jalan key el..ni mesti kategori anak emas mak kot..ahaks.. ...

Holla

Assalamualaikum.. Dah lama sangat tak berisaran kan...tetibe rasa rindu pulak kat blog kite yang dah berspider web ni...hahahaha..sebenarnya boring dengan diri sendiri..nak kacau orang semua orang busy..diri sendiri busy gak tapi dah hobi mengacau orang..kikiki.. Selamat berpuasa hari yang ke 7 hari..kite tak puasa lagi sebab allah bagi cuti..ni dok dalam ofis sambil mengunyah..pastu bila ada orang masuk mulut penoh..diam je lah tak leh nak cakap kang tersembur..hahahaha Uolls sihat ke semua? Harap sihat lah hendaknya...Alhamdulillah..adh tak tau nak taip ape...idea pun dah kering kontang..hahaha malas boleh tahan! Banyak je cerita yang nak diceritakan tapi simpan je lah dalam hati..huhuhuhuhu kang kalau rajin kite cerita yer..feeling2 je ni...poyo tu wajib yer...lalalalala Eh sebenarnya tengah sakit hati jugak ni dah banyak hari simpan..huhuhu eh kite nak tanya kalau korang la kan annoying tak bila orang sibuk tanya pasal kita?? shopping baju raya kat mana bla bla bla... eh ...

::Sports Day and Teacher's Day TIB 2014::

Lagi cerita berhabuk.. 16 Mei haritu tadika kak mya ada buat hari sukan dan sambutan hari guru..kali ni tak meriah sangat sebab hujan turun awal pagi..padang penuh air bertakung..kitorang sampai sebelum pukul 8 tunggu sampai pukul 9 lebih baru start semua aktiviti. Tu pun gigih cikgu-cikgu dok serap air dengan surat khabar lama..kesian pulak nasib tak baik hujan..tapi alhamdulillah..semuanya tamat dengan jayanya..walaupun ada la 2,3 orang budak yang dah start mengamuk dan meraung..maybe sebab lapar kot..ye lah dah pukul 10 kot masa tu tak makan lagi..penyampaian hadiah lagi..sekali lagi kak mya berjaya dapat no.1 dalam kelas..hikhik kelas ada 8 orang student je pun..memang la boleh nak challenge..cuba kalau ramai lagi..susah la sikit kot.. Tengok tu kak Mya paling besar ok antara semua student...menakutkan la kak mya ni..awat la membesaq bagai johan sangat nak oiii..harap-harap bila start sekolah nanti kurus la kak mya..kesian nanti kena ejek..ok lah tak larat nak melalut..gam...