Pagi tadi sebelum keluar ke ofis, kak mya macam biasa merengek-rengek tak nak pergi skul..ada je point, nak teman mama pergi klinik la, nak jaga mama demam la, cikgu pukul la..kawan-kawan buli la..sabarlah wahai sang ibu..
Cepat-cepat capai coklat dalam beg kak mya (coklat besday Yani kawan kak mya semalam) terus bagi kat kak mya, then first question..mama beli ke? ofcos la tak beli. Kawan damia bagi la..Then soalan lagi, mama ada logo halal tak? boleh makan tak? wahhh dia ingat rupanya..aritu ada sekali kak mya nak beli gula-gula buatan China pastu takde logo halal..so saya bagitau dia tak boleh makan gula-gula ni..takde logo halal..sambil explain kat dia kenapa tak boleh apa semua..pastu dia ok je..ok kita beli yang lain..
Tadi tetibe tanya soalan "mama ada logo halal tak?" wahhh..bagus la kak mya..pastu terus tunjuk macamana logo halal tu..harap bila besar nanti kak mya menitik beratkan soal halalan tayyiban..nak mendidik anak bukan senang..nampak macam senang..susah wooo..benda-benda macam ni kena ajar jugak..nanti buatnya dah pandai membeli sendiri takde la dia beli yang bukan-bukan..
Ok tu je nak citer..tatatititutu...
Comments
Post a Comment